Saturday, December 6, 2008

PENAMAAN CALON PARLIMEN KUALA TERENGGANU


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah pada 6 Januari (Selasa) tahun depan dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 17 Januari (Sabtu)


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tarikh writ dan notis ditetapkan dikeluarkan pada 7 dan 21 Disember ini.

“Penetapan tarikh ini dilakukan dengan mengambil kira dan meneliti pandangan pelbagai pihak, termasuk ramalan cuaca Jabatan Meteorologikal yang mengatakan Terengganu akan berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam masa terdekat.

“SPR ada tempoh selama 60 hari sebenarnya untuk mengadakan pilihan raya kecil ini, justeru tidak ada sebab mengapa ia (pilihan raya kecil) harus dipercepatkan selepas mengambil kira faktor cuaca, faktor akhir tahun dan petugas kerana 70 peratus petugas terdiri daripada guru-guru yang sedang bercuti akhir tahun

“17 Januari ialah tarikh yang sangat sesuai kerana ia memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk melakukan persediaan rapi, khususnya parti-parti yang akan bertanding dalam menentukan calon yang sesuai,” katanya mengumumkan tarikh itu selepas bermesyuarat mengenai perkara tersebut di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail akibat serangan jantung, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, jumaat lepas. - Bernama

Muda : Pilihlah calon yang boleh bekerja ..bukan pandai membangkang saja tapi tak tau buat kerja. Selamat berjaya BN.

No comments: