Saturday, December 6, 2008

Kongres AMK PKR Hambar


Rakaman diatas ini jelas menunjukkan bahawa lebih banyak kerusi kosong dan kehadiran anak anak muda bukan melayu lebih hebat berbanding anak muda melayu sewaktu era Ezam memimpin Pemuda dan Angkatan Muda suatu ketika dahulu…..
Hampir seminggu blogmaster menunggu informer [planted agent dalam PKR] untuk memberikan laporan bagaimana situasi sebenar keadaan Kongres AMK PKR yang berlangsung di Shah Alam minggu lepas.

Apa yang dimaklumkan ialah, lebih ramai kehadiran anak anak muda bukan melayu berada ditempat duduk perwakilan serta pemerhati begitu juga hadirin biasa.

Bagi sessi perbahasan pula, muncul terlalu ramai wajah wajah baru! Mereka ini bukanlah pejuang pejuang asal sewaktu Anwar Ibrahim dalam penjara dan sudah tentulah wajah wajah ini tidak pernah dilihat sebelum PKR menang besar pada pilihanraya ke 12 yang lepas.

Kalau Ezam melihat sendiri, sudah pasti beliau tidak kenal dan akan tersenyum lebar lalu bertanya dalam hatinya, “dari mana pulak datang budak budak ni…?”

Inilah kemelut dalaman PKR sekarang ini, mereka yang sejak dari dulu “berjuang” untuk Anwar dan sehingga sekarang masih menjilat beliau tidak diberikan ruang dan tempat, TETAPI mereka yang pandai “berpolitik” dan tidak pernah ada rekod berada bersama sewaktu PKR nyawa nyawa ikan kini mendapat tempat……


SAKSIKAN DISINI KONGRES MEMERLUKAN ARTIS BERNYANYI UNTUK MENGHIBURKAN AGAR MAJLIS BERTAMBAH MERIAH…?INILAH WAJAH WAJAH BARU YANG MUNCUL, BERHUJAH SAKAN. DIMANAKAH MEREKA INI SEWAKTU ANWAR DAN EZAM DALAM PENJARA?

sumber :medan info kita

No comments: