Wednesday, December 17, 2008

KERETA CAMRY KERAJAAN PERAK


“..hantam saja lah Ramlee…” begitulah bait bait dialog yang diungkapkan oleh Pendekar Mustar sewaktu P Ramlee mempamerkan langkah sumbang bersilat dalam cerita melayu lama yang evergreen popularnya, Pendekar Bujang Lapok….

Kata apa saja, walaupun hujah bernas dibentangkan sekalipun, namun sekiranya keputusan itu sudah bulat, maka ianya tetap akan dilaksanakan. Apakah kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan Selangor akan membeli kereta rasmi baru Toyota Camry buat Exco Exco mereka? Mohammad Nizar dan Khalid Ibrahim berhak membuat keputusan.

Ada satu persoalan yang dikira penting untuk kita lihat dalam isu ini. Iaitu, siapakah pihak yang “bernasib baik” akan dipilih untuk menjadi penjual [seller] kepada pembeli [readily buyer] yang sudah pun menanggarkan peruntukan dana kerajaan negeri untuk dibelanjakan. Apakah pembelian akan dibuat secara terus dengan UMW Toyota ataupun dengan wakil jualan kereta terpakai, lebih mudah disebut “Used Car Dealer”…?

Ada dikalangan kenalan yang menjadi Salesman jualan otomobil ini mengakui, upah jualan mereka [sales commission], bergantung kepada nilai kenderaan tersebut. Sebagai contoh sebuah kereta MyVi ialah RM550, Proton WAJA pula RM650. Manakala kereta yang berkuasa besar seperti Perdana V6, Honda Accord dan Toyota Camry sendiri boleh mencecah RM1,000 sehingga RM1,500. Ini baru dilihat daripada sudut “salesman commissions”, sesuatu yang lazim untuk seseorang individu menerima “habuan”nya jika mendapat peluang ini.

Dalam melaksanakan proses jual beli kereta mahal seperti Toyota Camry, ada suatu transaksi yang dikira boleh diraih keuntungan bagi pihak pihak yang terlibat selain daripada keuntungan diperolehi oleh syarikat otomobil yang menjual tidak kira samada UMW ataupun “Used Car Dealer” yang terpilih. Apa yang dimaksudkan itu adalah “over-trade”. Ianya mirip commission kepada “introducer” ataupun orang tengah yang menemukan pihak pembeli dengan penjual. Menurut kata kenalan yang menjadi Salesman ini, untuk model seperti Toyota Camry ini, “over-tade” bagi sebuah kereta diantara RM10,000 hingga RM15,000. Jumlah ini tidak langsung menjejaskan keuntungan jualan oleh pihak syarikat itu sendiri.

Di Perak diberitakan akan membeli 16 buah Toyota Camry yang baru, maka dihitung perbelanjaannya ialah RM2,672,000 sekiranya harga sebuah ialah RM167,000. ADUN Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir kesal dengan keputusan ini kerana kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar tidak menepati janji mahu berbelanja secara berhemah.

Sekiranya di Selangor Khalid turut sama bersetuju untuk menukar kepada Camry, maka akan berbelanjalah kerajaan negeri sebanyak RM2,338,000 untuk 14 buah kenderaan rasmi Exco yang baru.

Jika diamati huraian istilah “over-trade” diatas tadi, agak agaknya, siapakah pihak yang bertuah untuk mengecapi “laba” tersebut atau dalam bahasa canggih zaman ini kita sebut “mahsyuuk”….?
Bahagianya hidup mereka….., boleh dapat “over-trade” dari jualan besar besaran kenderaan tersebut!

Apakah ada diantara Exco-Exco ataupun wakil rakyat, wakil rakyat dari Perak dan juga Selangor ini pernah terlibat dengan perniagaan jualan kereta terpakai [Used Car Dealer]?

Ataupun mungkin ada diantara ahli keluarga mana mana Exco-Exco atau wakil rakyat, wakil rakyat dari kedua dua negeri ini masih lagi menjalankan perniagaan Used Car Dealer?
Semoga rakyat di Selangor dan Perak akan diberikan peluang melihat secara telus siapakah pihak yang akan dipilih menjadi penjual kepada pembelian kenderaan rasmi Exco mereka nanti sekiranya bukan UMW Toyota.....

SUMBER :Medan Info Kita

No comments: