Saturday, February 7, 2009

Pakatan Rakyat derhaka kepada sultan

LIHATLAH GAMBAR DI ATAS DAN BAYANGKAN DENGAN SITUASI 10 BULAN YANG LALU.Adakah situasi ini akan berlaku 10 bulan yang lalu ketika PR memenangi pilihanraya dan dipilih untuk mentadbir Perak.Masih lagi saya terbayang bagaimana ahli PR dan pembesarnya begitu gembira apabila Sultan Perak melantik mereka untuk mentadbir negeri Perak.
Sudahkah Nizar lupa bahawa Baginda Sultan Peraklah yang telah memilihnya untuk menjadi MB sedangkan kerusi DUN yang dimenangi oleh PAS lebih sedikit daripada PKR dan DAP.Mengapa baginda memilih Nizar, tidak ADUN lain daripada PKR ? sedangkan PKR lebih layak kerana lebih banyak kerusi yang dimenangi.Pada pendapat saya baginda memilih wakil PAS kerana baginda yakin PAS akan menjadi pentadbir yang dapat menjaga kepentingan orang Melayu bukan parti ' bubur Asyura PKR '.Malangnya Nizar gagal sebagai MB Perak,gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu khususnya.
Orang Melayu sepatutnya gembira bila kerajaan boneka DAP ini tumbang,bukannya bangkit untuk menentang raja mereka.Hakikat ini tidak boleh dibuang begitu sahaja. Kepentingan Melayu itu lebih penting daripada kepentingan parti dan kuasa peribadi.Nizar patut mengundur diri daripada terus diperalatkan oleh DAP dan Anwar Al Juburi.Jangan pentingkan diri sendiri sahaja.Walaupun Nizar tidak mengaku bahawa dia boneka DAP tapi saya yakin jauh disudut hatinya dia mengakui hakikat ini.
Hari ini PR menentang keputusan Baginda Sultan Perak.BUKANKAH SULTAN YANG SAMA JUGA YANG MELANTIK MEREKA 10 BULAN YANG LALU ? Terimalah hakikat ini..

HAK BN PERAK YANG DINAFIKAN

Lihatlah Hak BN Perak Yang Dinafikan PR

Berikut adalah sedikit fakta dari PRU12 untuk kerusi-kerusi DUN negeri Perak yang membentuk kerajaan Perak hari ini.

Seramai 848,229 pemilih atau 71% dari 1,196,160 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada hari tersebut. BN yang berkempen dengan satu gabungan sah dan satu manifestasi, telah memperoleh 404,106 atau 47.64% undi manakala parti-parti pembangkang ( Pakatan Rakyat belum wujud semasa hari pilihanraya ) memperoleh 52.36%.

Dari undi-undi kepada calon-calon BN, calon-calon UMNO memperoleh 243,981 undi atau 60.37% dari keseluruhan undi untuk BN dan 28.76% undi dari keseluruhan undi rakyat Perak.

Berbanding TIGA PEMBANGKANG DENGAN IDEOLOGI BERBEZA, calon-calon DAP memperoleh 188,484 undi atau 22.22%, PAS sebanyak 135,034 undi atau 15.92% manakala PKR memperoleh sebanyak 120,605 undi atau 14.22% undi.

Dengan memiliki seramai 560,690 pengundi Melayu berdaftar atau 46.87% dari keseluruhan senarai pemilih, dikirakan seramai 392,500 orang pengundi Melayu telah keluar mengundi. Juga dengan mengambilkira bahawa 70% pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi BN, dikirakan bahawa bilangan pengundi Melayu yang memangkah calon UMNO adalah antara 58% hingga 62%.

Dengan satu ideologi mewakili portion terbesar dari ketiga-tiga gabungan berbeza ideologi, bukankah BN yang berhak memerintah. Gabungan PR tidak diketahui para pengundi pada masa mereka memilih, kerana rakyat ditipu hidup-hidup. Siapa orang DAP yang mahukan PAS dan tiada orang PAS yang berkenan dengan DAP. Tetapi mereka terpaksa hipokrit antara satu sama lain.

Pudar harapan untuk mereka memperoleh undian seperti sebelum ini jika pilihanraya DUN diadakan. Bukankah pemerintahan telah kembali kepada kumpulan yang berhak?

Tambahan lagi Nizar menyebut, "saya dipilih rakyat" hingga lupa bahawa Sultan Azlan yang memilihnya. Undi untuknya di Pasir Panjang tidak sampai 5 angka. Exconya dipilih rakyat? Penipu. Bukan rakyat memilih exco. Ngeh dan Nga yang mencaturi.

Kecacatan Pakatan Rakyat Perak lah yang meruntuhkan penguasaan mereka 10 bulan di negeri itu akibat "PAS dikahwinkan dengan DAP tanpa DAP memeluk Islam".

SUMBER :IPOHMALAY

Friday, February 6, 2009

BLOGGER HINDRAF KURANG AJAR

Blogger Hindraf dakwa Sultan Perak Anjing UMNO





Satu laman blog yang ini telah membuat satu artikel bertajuk "Sultan Perak has become UMNO's dog~Malaysiakini". Blog ini banyak memaparkan artikel mengenai Hindraf dan berita-berita tentang Pakatan Rakyat. Tindakan blogger ini menyamakan Sultan dengan bintang adalah satu perbuatan yang amat biadap. Diminta kita bersama-sama flag blog ini. Perbuatan biadap, mencaci Sultan dan menderhaka kepada Sultan bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Blogger sebegini tidak boleh dibiarkan melampaui batas. Tindakan sewajarnya harus diambil oleh pihak berkuasa.

sumber : angin perubahan

Thursday, February 5, 2009

NIZAR MOHON DERHAKA

Nizar termenung mengenangkan nasibnya yang malang...Camryku beli jadi milik orang...

Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.
Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.
Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Muda : Sudahlah tu Nizar,cubalah bawa bertenang dan terimalah hakikat .Anda sebenarnya patut bersyukur kerana rakyat Perak telah memberi peluang untuk anda menjadi MB.Jangan lupa anda sebenarnya telah banyak mencatat rekod dalam negeri Perak ini.Andalah MB daripada PAS yang pertama di Perak.Andalah yang pertama menyerahkan jawatan Speaker kepada kaum bukan Melayu.Anda juga telah menyerahkan tanah kepada penduduk kampung baru untuk selama 999 tahun.Anda jugalah yang menukar kereta Perdana kepada kereta Camry.Tidak cukup lagikah rekod yang telah anda cipta ini ? cukup..cukup...CUKUPLAH