Saturday, February 7, 2009

Pakatan Rakyat derhaka kepada sultan

LIHATLAH GAMBAR DI ATAS DAN BAYANGKAN DENGAN SITUASI 10 BULAN YANG LALU.Adakah situasi ini akan berlaku 10 bulan yang lalu ketika PR memenangi pilihanraya dan dipilih untuk mentadbir Perak.Masih lagi saya terbayang bagaimana ahli PR dan pembesarnya begitu gembira apabila Sultan Perak melantik mereka untuk mentadbir negeri Perak.
Sudahkah Nizar lupa bahawa Baginda Sultan Peraklah yang telah memilihnya untuk menjadi MB sedangkan kerusi DUN yang dimenangi oleh PAS lebih sedikit daripada PKR dan DAP.Mengapa baginda memilih Nizar, tidak ADUN lain daripada PKR ? sedangkan PKR lebih layak kerana lebih banyak kerusi yang dimenangi.Pada pendapat saya baginda memilih wakil PAS kerana baginda yakin PAS akan menjadi pentadbir yang dapat menjaga kepentingan orang Melayu bukan parti ' bubur Asyura PKR '.Malangnya Nizar gagal sebagai MB Perak,gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu khususnya.
Orang Melayu sepatutnya gembira bila kerajaan boneka DAP ini tumbang,bukannya bangkit untuk menentang raja mereka.Hakikat ini tidak boleh dibuang begitu sahaja. Kepentingan Melayu itu lebih penting daripada kepentingan parti dan kuasa peribadi.Nizar patut mengundur diri daripada terus diperalatkan oleh DAP dan Anwar Al Juburi.Jangan pentingkan diri sendiri sahaja.Walaupun Nizar tidak mengaku bahawa dia boneka DAP tapi saya yakin jauh disudut hatinya dia mengakui hakikat ini.
Hari ini PR menentang keputusan Baginda Sultan Perak.BUKANKAH SULTAN YANG SAMA JUGA YANG MELANTIK MEREKA 10 BULAN YANG LALU ? Terimalah hakikat ini..

No comments: