Thursday, February 5, 2009

NIZAR MOHON DERHAKA

Nizar termenung mengenangkan nasibnya yang malang...Camryku beli jadi milik orang...

Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.
Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.
Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Muda : Sudahlah tu Nizar,cubalah bawa bertenang dan terimalah hakikat .Anda sebenarnya patut bersyukur kerana rakyat Perak telah memberi peluang untuk anda menjadi MB.Jangan lupa anda sebenarnya telah banyak mencatat rekod dalam negeri Perak ini.Andalah MB daripada PAS yang pertama di Perak.Andalah yang pertama menyerahkan jawatan Speaker kepada kaum bukan Melayu.Anda juga telah menyerahkan tanah kepada penduduk kampung baru untuk selama 999 tahun.Anda jugalah yang menukar kereta Perdana kepada kereta Camry.Tidak cukup lagikah rekod yang telah anda cipta ini ? cukup..cukup...CUKUPLAH

No comments: