Saturday, February 7, 2009

Pakatan Rakyat derhaka kepada sultan

LIHATLAH GAMBAR DI ATAS DAN BAYANGKAN DENGAN SITUASI 10 BULAN YANG LALU.Adakah situasi ini akan berlaku 10 bulan yang lalu ketika PR memenangi pilihanraya dan dipilih untuk mentadbir Perak.Masih lagi saya terbayang bagaimana ahli PR dan pembesarnya begitu gembira apabila Sultan Perak melantik mereka untuk mentadbir negeri Perak.
Sudahkah Nizar lupa bahawa Baginda Sultan Peraklah yang telah memilihnya untuk menjadi MB sedangkan kerusi DUN yang dimenangi oleh PAS lebih sedikit daripada PKR dan DAP.Mengapa baginda memilih Nizar, tidak ADUN lain daripada PKR ? sedangkan PKR lebih layak kerana lebih banyak kerusi yang dimenangi.Pada pendapat saya baginda memilih wakil PAS kerana baginda yakin PAS akan menjadi pentadbir yang dapat menjaga kepentingan orang Melayu bukan parti ' bubur Asyura PKR '.Malangnya Nizar gagal sebagai MB Perak,gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu khususnya.
Orang Melayu sepatutnya gembira bila kerajaan boneka DAP ini tumbang,bukannya bangkit untuk menentang raja mereka.Hakikat ini tidak boleh dibuang begitu sahaja. Kepentingan Melayu itu lebih penting daripada kepentingan parti dan kuasa peribadi.Nizar patut mengundur diri daripada terus diperalatkan oleh DAP dan Anwar Al Juburi.Jangan pentingkan diri sendiri sahaja.Walaupun Nizar tidak mengaku bahawa dia boneka DAP tapi saya yakin jauh disudut hatinya dia mengakui hakikat ini.
Hari ini PR menentang keputusan Baginda Sultan Perak.BUKANKAH SULTAN YANG SAMA JUGA YANG MELANTIK MEREKA 10 BULAN YANG LALU ? Terimalah hakikat ini..

HAK BN PERAK YANG DINAFIKAN

Lihatlah Hak BN Perak Yang Dinafikan PR

Berikut adalah sedikit fakta dari PRU12 untuk kerusi-kerusi DUN negeri Perak yang membentuk kerajaan Perak hari ini.

Seramai 848,229 pemilih atau 71% dari 1,196,160 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada hari tersebut. BN yang berkempen dengan satu gabungan sah dan satu manifestasi, telah memperoleh 404,106 atau 47.64% undi manakala parti-parti pembangkang ( Pakatan Rakyat belum wujud semasa hari pilihanraya ) memperoleh 52.36%.

Dari undi-undi kepada calon-calon BN, calon-calon UMNO memperoleh 243,981 undi atau 60.37% dari keseluruhan undi untuk BN dan 28.76% undi dari keseluruhan undi rakyat Perak.

Berbanding TIGA PEMBANGKANG DENGAN IDEOLOGI BERBEZA, calon-calon DAP memperoleh 188,484 undi atau 22.22%, PAS sebanyak 135,034 undi atau 15.92% manakala PKR memperoleh sebanyak 120,605 undi atau 14.22% undi.

Dengan memiliki seramai 560,690 pengundi Melayu berdaftar atau 46.87% dari keseluruhan senarai pemilih, dikirakan seramai 392,500 orang pengundi Melayu telah keluar mengundi. Juga dengan mengambilkira bahawa 70% pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi BN, dikirakan bahawa bilangan pengundi Melayu yang memangkah calon UMNO adalah antara 58% hingga 62%.

Dengan satu ideologi mewakili portion terbesar dari ketiga-tiga gabungan berbeza ideologi, bukankah BN yang berhak memerintah. Gabungan PR tidak diketahui para pengundi pada masa mereka memilih, kerana rakyat ditipu hidup-hidup. Siapa orang DAP yang mahukan PAS dan tiada orang PAS yang berkenan dengan DAP. Tetapi mereka terpaksa hipokrit antara satu sama lain.

Pudar harapan untuk mereka memperoleh undian seperti sebelum ini jika pilihanraya DUN diadakan. Bukankah pemerintahan telah kembali kepada kumpulan yang berhak?

Tambahan lagi Nizar menyebut, "saya dipilih rakyat" hingga lupa bahawa Sultan Azlan yang memilihnya. Undi untuknya di Pasir Panjang tidak sampai 5 angka. Exconya dipilih rakyat? Penipu. Bukan rakyat memilih exco. Ngeh dan Nga yang mencaturi.

Kecacatan Pakatan Rakyat Perak lah yang meruntuhkan penguasaan mereka 10 bulan di negeri itu akibat "PAS dikahwinkan dengan DAP tanpa DAP memeluk Islam".

SUMBER :IPOHMALAY

Friday, February 6, 2009

BLOGGER HINDRAF KURANG AJAR

Blogger Hindraf dakwa Sultan Perak Anjing UMNO





Satu laman blog yang ini telah membuat satu artikel bertajuk "Sultan Perak has become UMNO's dog~Malaysiakini". Blog ini banyak memaparkan artikel mengenai Hindraf dan berita-berita tentang Pakatan Rakyat. Tindakan blogger ini menyamakan Sultan dengan bintang adalah satu perbuatan yang amat biadap. Diminta kita bersama-sama flag blog ini. Perbuatan biadap, mencaci Sultan dan menderhaka kepada Sultan bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Blogger sebegini tidak boleh dibiarkan melampaui batas. Tindakan sewajarnya harus diambil oleh pihak berkuasa.

sumber : angin perubahan

Thursday, February 5, 2009

NIZAR MOHON DERHAKA

Nizar termenung mengenangkan nasibnya yang malang...Camryku beli jadi milik orang...

Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.
Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.
Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Muda : Sudahlah tu Nizar,cubalah bawa bertenang dan terimalah hakikat .Anda sebenarnya patut bersyukur kerana rakyat Perak telah memberi peluang untuk anda menjadi MB.Jangan lupa anda sebenarnya telah banyak mencatat rekod dalam negeri Perak ini.Andalah MB daripada PAS yang pertama di Perak.Andalah yang pertama menyerahkan jawatan Speaker kepada kaum bukan Melayu.Anda juga telah menyerahkan tanah kepada penduduk kampung baru untuk selama 999 tahun.Anda jugalah yang menukar kereta Perdana kepada kereta Camry.Tidak cukup lagikah rekod yang telah anda cipta ini ? cukup..cukup...CUKUPLAH

Friday, January 9, 2009

JOM LUDAH ANWAR...

RK-P36. KINI ANDA PUNYAI ALASAN UNTUK 'MELUDAH ANWAR' !



DIA BUKAN KAKI PENIPU, TETAPI SEBENARNYA KAKI TEMBERANG !

perhatikan gambar-gambar anwar ini. sakit bukan kepalang. kita orang melayu telah berdosa kerana menghancurkan masa depan bakal pemimpin teragung umat ! kenapa kita zalim terhadapnya ? kenapa kita aniaya pada dia ? cuba kita letakkan diri kita di tempat nya..sengsara amat sengsara.. hanya orang-orang terpilih sahaja punyai kemampuan menahan penderitaan sebegini.. haha lawak lawak !

PADA 1982 DIA MENIPU ALMARHUM DATO FADHIL UNTUK TIDAK SERTAI UMNO.
PADA 1993 DIA MENIPU MELAYU KONONNYA TIDAK MAHU MENENTANG GHAFAR.
16 SEPTEMBER SEKALI LAGI DIA MENIPU SELURUH DUNIA DIA BAKAL MENJADI PM.

ISU 6 KOTAK ANWAR IBRAHIM

PRK-P36. ISU 6 KOTAK " ANWAR IBRAHIM..GAP CABAR KAMU..."






anwar kini meniti hari-hari yang gelisah. mindanya bercelaru dengan pelbagai masalah. haluan politik nya kejap ke kanan dan ke kiri. arah politiknya tidak dapat dikawal.tidak disangka selepas pembohongan 16 september cerita gempur sarawak semakin tiada kredibiliti. orang semakin menyampah dengan penipuan demi penipuan ini. lebih parah ianya berlaku dalam kem nya sendiri.

anwar ibrahim,GAP tahu di hatimu itu penuh gundah, penuh gelisah. di dalam PKR kamu sudah tahu ada talam dua muka namun kamu tidak tahu siapa diantaranya. memang sengaja pihak kami plant mereka supaya segala perancangan mu mudah kami awasi..bicara mu di kongres PKR tiada punyai arah dan makna. mereka tertampi menanti komentar penipu mu akan isu 16 september ! sayang kamu sebenarnya tiada jawapan..sudah kekeringan ide untuk menipu sekali lagi.

makin hari makin terserlah kebusukan janji-janji mu. setiap bait-bait kata mu hanya mengeluarkan bau yang hanyir. di kiri parti puak sivaji sudah mendesak mu. mana pergi janji mahu membebaskan 5 hindraf ? di kanan cucu cicit chin peng menanti jawapan hudud bila kamu kembali nanti. kerana tidak tertahan asakan kamu berlari ke turki dubai dan uae..itulah sebenarnya karektor mu anwar ..akan sentiasa berlari untuk mengelak jawapan dinanti.pasti tika ini kamu mahukan secangkir kopi, buat ubat penenang diri ! kopi oh kopi..mana kau lari.

anwar ibrahim...kamu dengar baik-baik . jangan membuang masa dengan menghantar kucing-kucing kurap PKR untuk berentap dengan GAP ! setakat saifudin nasution sudah GAP ada cerita 'aib' nya di tangan GAP ! apatah lagi lembu2 AMK kamu yang punyai banyakkkkk kontroversi ! ada diantara lembu-lembu AMK itu terpalit dengan dengan skandal seksualiti..arrhhh.. mana kan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik !

anwar ibrahim...kau dengar sini baik-baik. jangan bermain api takut nanti membakar diri. tapi langkah pendekar kalau orang sudah memberi 'buku' kan aku memberi 'ruas' nya nanti.ceritaku ini berkisar akan 6 kotak misteri. ya satu cerita sensasi kamu anwar, pengamal politik luar tabie. apa sebenarnya niat mu menghantar anak muda yang rosak akhlaknya menyampaikan cerita sensasi ini ? apa benar kamu memang sakit hati terhadap bekas panglima mu ezam ?

anwar ibrahim..kamu dengar sini baik-baik. biarkan GAP olah cerita ini. akan ku bongkar misteri cerita ini.

kamu perhati kan gambar diatas dengan teliti. itulah ezam. sejarah sudah membuktikan anak muda inilah yang bermati-matian berjuang melawan rasuah masa kamu di gari ! anak muda ini punyai history. 6 kotak rasuah merupakan kes paling sensasi, dek kerana 6 kotak inilah anak muda ini keluar masuk lokap antara yang terbanyak sekali.

anwar...sejarah sudah tercatit bahawa anak muda ini meringkok di penjara sungai buloh dan kajang kerana memperjuangkan isu rasuah kontroversi ! dek kerana keberanian anak muda inilah 'hadiah istimewa' OSA diberi...

anwar jangan kamu main dengan kontroversi kelak akan memakan diri.. sejarah sudah membuktikan ezam punyai keberanian luar biasa daripada kamu..GAP cabar kamu keluarkan fakta sejarah sebutkan siapa di antara panglima kamu yang punyai rekod dedahkan rasuah rasmi ? azmin,saifudin dll...nehi beti nehi..tiada mereka ini berani masuk lokap walau pun sehari.

apa 6 kotak kamu mahu sensasikan lagi ? mari sini GAP bgtau kisah hebat lagi misteri.

apa kamu lupa anak muda ini pernah mendedahkan rasuah sensasi pak menteri ?
apa kamu lupa akan laporan pendedahan rasuah 600 muka surat pegawai tertinggi ?
apa kamu lupa laporan BPR ezam terhadap pegawai di kementerian asas tani ?
apa kamu lupa laporan BPR ezam terhadap pegawai di kementerian belia dan sukan ?
apa kamu lupa pendedahan bekas pengarah BPR sabah tempoh hari terhadap ketua polisi?
apa kamu lupa akan laporan BPR ezam terhadap pegawai khas MB kalid ibrahami ?

dan anak muda ini hingga kini tidak pernah pun menarik balik walau satu pun laporan BPR yang diberi ! hhhaaaa anwar kali ini lu mati... 6 kotak sensasi sebenarnya memakan diri kau sendiri.

mari sini GAP bongkar pula kisah misteri akan 6 kotak sensasi. 3 kotak pertama merangkumi rasuah perwaja. 3 kotak lain diantaranya adalah dokumen rasuah pak menteri dan terselit di dalam kotak itu juga satu dokumen misteri kepunyaan pembantu peribadi ?

siapa punya empunya diri ? tidak lain dan tidak bukan dia ialah azmin bin ali ! pembantu peribadi mu sendiri ! apa kamu lupa pada awal tahun 90an beberapa pegawai BPR telah menyerbu pejabat setiausaha timbalan perdana menteri ? pejabat itu dimiliki oleh anwar bin ibrahim sendiri ! apa kamu lupa kamulah yang telah menghalau mereka keluar dari pejabat kamu pada pagi penuh sensasi !

anwar ibrahimi...kamu dengar sini baik-baik. kini sudah 4 tahun kamu bebas dari penjara duniawi.. kamu bicara tentang rasuah di timur barat utara dan selatan..hingga terbawa-bawa ke kondo damansara istana peribadi, yang menu nya hanya menghidangkan kopi.

4 tahun kamu berdiskusi mengeluarkan teori2 air liur basi .NEGARA INI RASUAH , PEMIMPIN ITU RASUAH ! tapi sayang kamu sekadar menyatakan yang teori, tiada keberanian melakukan praktikaliti . cakap tidak serupa bikin.. rrrrupa rupanya kamu takut 'dikembalikan' ke penjara lagi .

2 biji anggur di celah kangkang mu rupanya berlaga-laga mengeluarkan bunyi . takut kamu itu tak terperi kerana 6 kotak sensasi sebenarnya boleh memakan diri sendiri .

AKU TIDAK MAHU BERCERITA LAGI...ANWAR IBRAHIM AKU CABAR KAMU DEDAHKAN DOKUMEN RASUAH 6 KOTAK SENSASI ! WALAUPUN SELEPAS 2 ANGGUR DI CELAH KANGKANGMU ITU TIDAK BERLAGA LAGI.

sumber :GAP

Wednesday, December 31, 2008

Manikavasagam letak jawatan parti


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Selangor berkuat kuasa serta merta hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu diambil ekoran kerajaan negeri yang kini diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menilai pandangan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, beliau kesal dengan sesetengah pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memerintah Selangor bersama DAP dan Pas, telah mungkir janji selepas dipilih sebagai wakil rakyat dan gagal menjaga kepentingan rakyat.

"PKR ditubuhkan untuk berjuang demi ketiga-tiga kaum di negara ini. Tetapi tindakan Khalid Ibrahim dalam beberapa perkara mengakibatkan rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap parti itu.

"Sebagai contoh, 95 peratus kaum India tinggal di Parlimen Kapar tetapi Tan Sri Khalid telah memilih seorang wakil Melayu sebagai Ketua Kampung di kawasan tersebut tanpa menilai pandangan kami,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya yang bertarikh hari ini kepada Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor manakala salinannya dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, beliau juga mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan lebih 50 pemimpin India PKR peringkat nasional mengenai beberapa isu termasuk status dalam parti itu.

Manikavasagam berkata, ahli-ahli India dalam PKR tidak berhasrat untuk meninggalkan parti itu seperti yang didakwa oleh beberapa media sebelum ini.

''Kami tidak akan meninggalkan parti ini tetapi akan memastikan kepentingan kaum India sentiasa terjamin seperti yang dijanjikan oleh beberapa pemimpin PKR.

''Kami juga akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta memanjangkan isu yang timbul di kalangan kaum India negara ini,'' jelasnya.

Katanya, beliau telah menerima tawaran daripada beberapa parti termasuk MIC tetapi beliau tidak berhasrat untuk bergabung dengan mana-mana parti atau menubuhkan parti baru.

Muda : Itu baru mungkir janji kepada kaum India, belum lagi janji kepada kaum Melayu yang tidak ditunaikan.Apa tunggu lagi tinggalkan aje PKR, biar tinggal Anwar seorang aje..